Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Thursday, April 17, 2003 ::..


..:::Mmmmm:::...



"Kalau bercinta..pasti ada yg perlu dikorbankan, terkorban, dan mengorbankan.....apa yg menjadi korban?? Terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilainya...."
Kalau nak diikutkan...memang la rugi masa yg dulu dikorbankan. Tapi bila fikir balik....niat apa yg kita tanam dulu sewaktu kita mula2 masuk silat....rasa ter"motivate" balik nak teruskan perjuangan (terpulang pada niat memasing ler..).Tapi..bila...



A: "Aku nekad...."

B: "Hek eleh...setakat silat...bukan boleh sara hidup pun...ko tuh pompuan..lawan camne pun...kederat org laki lagi kuat la..."



Agaknye la kan...org silat ni tak berapa realistik kot....hehehe...Tapi tak kisah la ape org nak kata....janji aku tak buat bende yang salahi agama....(cukup yakin ke hah??)

Ya, Allah andai jalan yang kupilih ini elok untuk agama dan diriku......maka tetapkanlah hati ku di dalamnya....Amin..
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Monday, April 14, 2003 ::..


SEMBANG KEDAI KOPI

........aku sibuk la. Ngan kerja, ngan awek, tak de masa ko tau! (Beginilah lebih kurang isi perbualan aku ngan abg zam pada suatu hari di kedai makan.) Isunya melibatkan latihan silat. Memang tak dinafikan bahawa masa kerja nie, tak banyak masa yg ada untuk diluangkan bg latihan gayong. Masing2 kami bg alasan. Tp kalau nak difikirkan...... kalau berhenti , maka rugilah segala masa yang telah dicurahkan masa kat uum dulu. Rugi masa lapang pd waktu ptg, dimana kebanyakan pelajar sibuk ngan tidur, jln2... tp kita kat padang kena belasah, bertempik........ rugi masa study pd waktu malam dimana pelajar lain study , kita latih demo......, rugi masa Cg megajar pada hari jumaat, masa projek (gema,kepak,bla bla)......
maka, adakah kita akan membiarkan segala pengorbanan masa itu hanya di angin lalu....( ewah )....
.....
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Thursday, April 10, 2003 ::..


..a|s|s|a|l|a|m|u|a|l|a|i|k|u|m..


Bencana apakah ini Tuhan,
Lalu aku merasakan jauh diriku dari kehadhiranMu,
Imanku tidak berdusta,
Ternyata aku yg semakin menjauhiMu,
Jangan begitu wahai Tuhanku,
Belas kasihlah kepadaku,
Siapalah aku ini tanpa RahimMu.


Jiwa ku kosong meronta,
Sekosong sang langit di malam gelita,
Tanpa ada sebutir bintang memenuhi ruangnya,
Hamparan yg luas terbentang,
Tanpa teman yg bernama cahaya.
Lompong dan buntu tanpa arah,
Yang ada hanyalah kegelapan.


Keyakinanku semakin mudah pudar,
Semudah seorang tua yg nyanyuk,
Sekejap dia ingat,
Dan sekejap kemudian dia lupa,
Hatta pada waktu-waktu tidurnya,
Ibarat daun-daun yg mula kering,
Menanti tibanya musim luruh,
Utk dia gugur bersama sebuah kehidupan,
Di pohon dia menabur kehidupan.


Dunia yang ku cari,
mengelabui mata ukhrawi,
Yang halal semakin haram di mataku,
Yang haram semakin galak pada nafsuku,
Yang syubhat menipu akalku,
Gugusan Ilmu agama gugur satu persatu,
Terlalu jauh aku melampaui batasan,
Bermakna semakin sukar mencari jalan pulang.


Tuhan,
Bukan niatku utk tidak meminta,
Sombong dan riak jauh sekali,
Tapi aku malu padaMu,
Si tolol yang panjang angannya,
Menginginkan kemaafan dariMu,
Tapi kelibat jalur-jalur taubat,
Tidak terlihat pada pelangi hidupnya.


-faizul helpMe-
12 December 2002
Khamis Malam Jumaat.




 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Tuesday, April 08, 2003 ::..


Emm...org KL..macam tu lah....berlatih utk demo bagai nak rak..hehehe...sekali buat tari pintal pinggan je kat Sg Besi.....muehehehe...(jahatnye aku). Majlis bermula dengan ucapan aluan dr Pengarah Projek, Pengerusi Surau As-Syakirin, dan Cikgu Haji Muhyiddin (to be addressed as Cikgu Aji after this point forward), selepas ucapan2 tu....demo dr adik2 di Sg Besi pun bermula....Kecik2 cili padi tuh....Salute kat semangat yang diaorg tunjukkan. Pas tuh penyampaian bengkung....pra-putih, putih dan pra-merah. Pas tu plak...ape lagi..makan ler...Anyway majlis penyampaian bengkung pada 6/4/2003 hari tu berjalan dengan lancar dan serba sederhana...Walaupun begitu, aku tabik pada mak ayah bebudak silat Sg Besi, dan AJK surau As-Syakirin. Kerjasama yang diaorg tunjukkan membuatkan aku terharu.....sayang....bukan semua kat situ org Gayong...kalau semua kan best!! Org bukan Gayong pun boleh bagi kerjasama sebegitu baik...(alamak!! sape terkena nasib le ye...-ntah2 aku pun kena gak..hehe). Kami (Aku, Wani, Amat, Arab dan Abg Zam) pegi tolong tengok ngan tolong makan..hehehe...oppp..lupa ade dua org tolong buat tari pintal pinggan..kuikuikui.





Wokeh...bagi aku...aku rasa seronok sgt haritu...seronok tengok macam ape yg aku mention kat atas tadi...Aku harap boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa yang pergi dan lihat dgn mata kepala sendiri...Aku rasa inilah berkat kalau buat kerja dgn ikhlas...yg berat jadi ringan, yg simple boleh nampak "grand"....meh sesama kita ambil pengajaran..sungguhpun sst perkara tu nampak biasa...ia akan nampak luarbiasa sekiranya dilihat dgn mata hati.....Sesungguhnya Allah Maha Kaya...ehh..melalut lak aku...tengah "feel" terlebih nih.......Wallahu'alam.

 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger