Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Tuesday, June 17, 2003 ::..


...::: A Place In The Sun :::...

Like a long lonely stream,
I keep running towards a dream,
Moving on, moving on.

Like a branch of tree,
I keep reaching to be free,
Moving on, moving on.

There's a place in the sun,
Where there's room for everyone,
Where my poor restless heart got to run.

There's a place in the sun,
And before my life is done,
Got to find me a place in the sun....


...::: Bak Air di Kali :::...

Bak air di kali,
Ku hanyut bersendiri,
Sendiri, sendiri.

Umpamakan dahan,
Ku kan tiada tertahan,
Bebanan, bebanan.

Ku tahu di situ,
Kebahagiaan menunggu,
Ke mana semua menuju.

Ku tahu disitu,
Ada tempat bagiku,
Ke situlah akan ku tuju...
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Tuesday, June 03, 2003 ::..


...::: Bila la nak dapat hidayah Allah ni :::...


Assalamu'alaykum warahmatullah. Seronok bila melihat sahabat-sahabat yang dekat mahupun jauh dengan kita mengalami perubahan yang amat baik. Kadangkala dapat diperhatikan perubahan yang begitu ketara berlaku dalam hampir keseluruhan cara hidup mereka. Ada yang mengambil masa yang lama, ada juga yang dilihat berubah dalam sekelip mata. Alhamdulillah, mungkin dia dah dapat hidayah dari Allah.


Hidayah Allah. Anugerah yang sangat dinanti dan diimpikan oleh hampir setiap orang. Tidak kira latar belakang hidup, pasti menginginkan perubahan seperti sahabat-sahabat kita yang lain tadi. Betapa hebatnya anugerah Allah yang satu ini.


Giliran diri ini bila pula?


Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al-Quran) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih. [ 16: 104]

Tidak beriman kepada ayat Allah? Setahunya Al Quran masih menjadi amalan harian. Perintah Allah dalam Al Quran seperti solat, puasa dan sebagainya dibuat juga. Tak ada sebab untuk diri terkecuali dari mendapat hidayah Allah ni.


Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta. [ 16: 104]


Kebohongan? Kalau bohong saja-saja?


Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman, kecuali yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman, akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. Yang demikian itu disebabkan mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. [ 16 : 106 - 108]

Benarkah diri ini betul-betul bersungguh inginkan hidayah, sedangkan di hati masih berat untuk meninggalkan maksiat yang jadi amalan? Benarkah diri ini betul-betul inginkan hidayah sedangkan dirasa cukup gembira dengan gaya hidup yang melalaikan ini? Benarkah diri ini ingin berubah seperti mereka? Takkan ini sahaja option yang ada?


Aha..ataupun mungkin boleh ikut sahaja kata orang. Kekal dengan hidup begini, hanya perlu yakin bahawa hidayah itu pasti akan datang. Tapi sempatkah aku menemui hari itu? Kalaulah tak sempat, adakah niat aku untuk mendapat hidayah ini cukup untuk menempatkan aku di dalam syurga?

 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger