Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Wednesday, July 23, 2003 ::..


Catatan Ummi
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah apa khabar wahai anak-anak :). Masihkah anak-anak ingat akan mafhum hadis Rasulullah saw yang bermaksud: "BOHONG AKAN MENGURANGKAN REZEKI". Di sini rezeki bukan setakat harta dan wang ringgit tapi termasuk ILMU. Semoga anak-anak cuba untuk tidak berbohong kerana apabila seseorang itu bercakap benar pada semua orang, seseorang itu akan melihat keajaiban dunia ini seperti yang pernah dikatakan oleh Said Al-Marzawi: "Apabila kamu mencari Allah dengan benar, Dia akan memberi kamu cermin. Kamu akan NAMPAK SEMUA KEAJAIBAN DUNIA DAN AKHIRAT". Suasana yang diperkatakan itu ada kaitan pula dengan persoalan ini.

BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM MELUPAKAN ALLAH?...Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan orang yang 'lupa Allah' ialah orang yang tidak menjaga perintah dan larangan Nya. Dan tidak bermaksud lupa langsung wujudnya Allah kerana orang musyrik pun mengakui dan mengingati kewujudan-Nya, hanya saja mereka menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya. Dengan pengertian sebegini kita dapati ramai orang yang lupa Allah di kalangan orang-orang yang mengaku beriman.Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauzi, lupa Allah berpunca dari dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba itu.

Hukuman yang diterima oleh orang yang lupa Allah ini ada dua iaitu Allah pasti melupakannya dengan membiarkan dan meninggalkannya tanpa memberi petunjuk dan hidayah dalam kehidupan dunia selaras dengan kaedah yang dibuat oleh para ulama yang
bermaksud: 'BALASAN SESUAI DENGAN JENIS PEKERJAAN'.

Dan ini selari dengan mafhum Surah At-Taubah ayat 67: "Mereka orang-orang munafiq itu telah melupakan Allah, maka Allah
melupakan mereka". Lantaran itu mereka akan terus lalai dalam mengikut hawa nafsunya dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah, dan hidupnya akan sesat dan menyesatkan.

Hukuman kedua ialah orang itu akan lupa terhadap dirinya sendiri sepertimana yang termaktub dalam firmah Allah SWT surah Al Hasyir ayat 19
mafhumnya: "DAN JANGANLAH KAMU SEPERTI ORANG-ORANG YANG LUPAKAN ALLAH, LALU ALLAH
MENJADIKAN MEREKA LUPADA KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIQ'
. Yang dimaksudkan lupa diri di sini iala lupa akan nilai-nilai luhur dan tidak berusaha untuk memperbaikinya sehingga menjadi penyakit hati yang menyebabkan binasa ruhi dan jasmani.

Sama-samalah kita berislah wahai anak-anaku kerana kita ni sekedar musafir di atas dunia yang fana' ini. Kita jadikan hidup di dunia ini hidup
yang berkualiti dengan menjadi the best Muslim ever insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alameen. Salam sayang dan rindu dari ummimq pada semua
anak-anak di mana saja berada.

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Ummimq
23 J'Awwal 1424H . 23 Julai 2003M
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Monday, July 21, 2003 ::..


...:::IPBA:::....

Assalamua'laikum. Hmm...hari Ahad(20/7/03) haritu...lepas maghrib...bebudak Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa(IPBA) ada buat majlis mandi tapak. Ehe..teringat masa dolu-dolu...naik bas nak gi mandi tapak kat umah cikgu majid..tetiba lak teringat...mana la kawan2 aku yg mandi tapak sama2 dulu...sedihnyerr....Tapi tak pe lah...pertemuan dan perpisahan tu ade hikmahnyer...betul...memang betul.

Seronok pulak malam tu...ye lah..first..sbb cikgu Majid sendiri yang mandikan bebudak tu.., second..sbb seronok tengok orang baru terkebil-kebil nak ngabihkan asam+garam (kih kih kih mueheheh..maap ler korang...). Muslimin penat nak ngabihkan sebab si Arab kepal sikit punya besoo (kecik sikit dr bola tenis..). Aku ngan Wani tolong kepal utk muslimat...penat diaorg suh kecikkan kepalan asam+garam tu...tapi aku buat do-no jer...hehehe...kecik dah tu...nasib baik kitaorg tak kepal beso cam muslimin punyer.
Pulak tu..siap ade yg termenung...muntah...waa...rasa bersalah lak...tapi tak pe lah..bila lagi nak kenekan korang...hehehe.

So...selamat datang pada ahli pusaka gayong yang baru....dan hopefully banyak tu yg masuk...banyak tu jugak yang akan stay..insyaAllah. Bab asam tu...pada aku banyak pengajarannya, kalau ikut dlm gayong, makan pisang, bertih, asam dan garam tu...menggambarkan keadaan suka-duka dalam hidup. Tu baru part makan asam+garam je..ade yg tak tahan. Kalau pikirkan "asam" yg perlu kita makan sepanjang perjalanan hidup kita ni...lagi la..pening kepala ada...rasa nak quit buat keje la...rasa nak melarikan diri dari masalah la...dan macam-macam lagi...

Setakat mana kita nak tahan "asam" tu? Percayalah....semakin lama kita tahan rasa "asam" tu...semakin banyak yg kita akan belajar....dan lama-kelamaan...kita dah biasa dengan "asam" tu...dan at last, kita akan tahu camne nak atasi masam "asam " tu.
Perghh...rasa masam la cerita pasal asam nih....Anyway..harap-harap paham le ye....(cakap senang...nak buat susah ekk...) Aku harap aku dan korang sumer, kalau ade masalah ker....jangan la cepat mengalah yer....masalah tu ujian....ujian tu diberi sebab Allah masih sayang kat kita...nikmat pun ujian gak...jangan lupa tu..okey...

 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Tuesday, July 15, 2003 ::..


Perangai buruk manusia

Maka apabila ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

Sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka juga telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan.

Maka mereka ditimpa oleh akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri.
[ 39 : 49 - 51 ]


Assalamu'alaykum warahmatullah. Selalu juga kita dengar diperbincangkan mengenai dua bentuk ujian Allah kepada hamba Nya. Ujian dalam bentuk kesusahan dan dalam bentuk kesenangan. Manusia selalunya senang menghadapi ujian yang pertama, dengan kembali bermunajat, memohon bantuan, dan menilai kembali apa yang telah dilakukannya.

Ujian yang kedua? Susah nak cakap. Bahkan tak ramai yang menganggap ni'mat dari Allah itu juga adalah satu ujian. Kalau tidak masakan diceritakan perihal golongan ini di dalam al-Quran. Mungkin boleh mengajar kita supaya jangan kecewa andainya apa yang kita minta tidak diberikan oleh Allah. Risau tak mampu untuk kita pikul nanti.

Tambah pulak dengan pujian yang melambung2 dari manusia. Bahaya2



 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Monday, July 14, 2003 ::..


Salam buat sahabat semua....quote ni aku amik dr website seorang sahabat...dipaparkan utk renungan bersama. Semoga faham apa yang hendak disampaikan, bahawa cinta kita kepada "DIA" dan "dia" adalah ujian dalam perjuangan....

"seorang hamba...: Daerah kita bukan daerah cinta..bukan masanya merajuk kasih memujuk...tiada senda gurau berpanjangan..kerana kita dalam perjuangan.."

 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger