Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, October 31, 2003 ::..


...:::Gambar Lama:::...



Hehehe..percubaan utk load gambar....MAT!..ooo MAT!..aku dah bleh load gambar....yeyey..ade gambar lagi nak di load? ;)
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Wednesday, October 22, 2003 ::..


...:::Kau kah itu?:::...

Kau kah itu?
Yang aku jumpa dulu-dulu..
Terjun ke gelanggang bersama,
Panas, hujan, puasa pun tak kira..

Kau kah itu?
Yang aku jumpa dulu-dulu..
Menyahut cabaran,
"Bangsaku bermaruah!",
"Adat dikelek..Agama dijunjung!",
"Silat-Ingat-Allah-Ta'ala",
"Perjuangan kecil kita belum selesai!"..

Kau kah itu?
Yang aku jumpa dulu-dulu..
Bergerek ke hulu,
Bergerek ke hilir,
Tiga kali seminggu..
Tak tau penat..tak tau mengalah..
Demam selsema pun kalah!..

Kau kah itu?
Yang aku jumpa kini...
Hilang semua yg dulu-dulu,
Mana perginya semangat itu?





 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Saturday, October 18, 2003 ::..


Nampaknye ada lagi permintaan baru untuk kami buka gelanggang kat tempat baru. Lepas raya mungkin ada 2 gelanggang baru..... fuh.. nak dipikirkan makin bertambah gelanggang makin bertambah pula masalah lain yang timbul. Masalah kerja pun bertambah, tu belum lagi masalah peribadi...... semuanye('masalah') berebut nak tolong kami selesaikan.

Kami turun gelanggang pun numpang orang, kalau tak naik teksi ler kitorang, tak pun naik lrt ke star ke..... (psst : nak beli keta tak mampu pun lagi... kalau dok gagah jugak nak ambik keta, alamat aku makin kurus ler.)

Walau ape pun, perjuangan yang telah dimulakan tidak akan kami hentikan begitu saje... kalau nak dipikirkan masalah, tak kan selesai ( boleh saje kalau nak dikatakan masalah itu sebagai alasan untuk melarikan diri).

Selamat berpuasa kepada semua!

"semoga tuhan berkati usaha kami dan mengurniakan kami kekuatan untuk terus berusaha, ampunilah kami jika kami tersilap dan tunjukilah kami jalan yang benar , amin."
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Monday, October 13, 2003 ::..


Malam nie adalah latihan terakhir di IPBA bg tahun nie.....tapi tak tahulah kalau diorang nak buat latihan jugak masa bulan puasa nanti !

Semangat !!!!!
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger