Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, August 20, 2004 ::..


Ujian Kenaikan Bengkung Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa


Pusaka Gayong Kuala Lumpur gelanggang IPBA akan menjalani ujian kenaikan bengkung pada hari Ahad 22 Ogos 2004 pukul 2 ptg. Tempat ujian adalah di padang bersebelahan gelanggang bola tampar. ( tempat latihan lama ) Seramai lebih kurang 15 orang penuntut akan diuji kemahiran mereka untuk kelayakan bengkung pra putih, putih cula dan pra hijau.

Susulan daripada itu, latihan intensif akan diadakan pada hari Sabtu 21 Ogos 2004, 8pg - 11 pg dan Ahad 22 Ogos 2004 pada masa yang sama.

Penguji yang akan membuat penilaian terhadap pencapaian anak-anak gayong IPBA ini adalah wakil pewaris mutlak WPKL iaitu Hj Mohayaddin dan dibantu oleh beberapa orang gurulatih-gurulatih lain.

Pengarah IPBA juga telah dijemput dan beliau amat berbesar hati untuk hadir sama pada hari ujian dijalankan .Bersama dengan beliau adalah En. Ramlan selaku penasihat persatuan.

Tidak dilupakan juga, katering akan disediakan oleh pasangan Encik Azhar (arab) dan isterinya Puan Norshawani (wani).


 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Thursday, August 05, 2004 ::..


Majlis Perlimau Tapak
Tarikh : 7 Ogos 2004, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Sek. Dato Mohd Said, Pekan Nilai Lama
(berhampiran stesen komuter)

Majlis akan dikelolakan oleh Cg Awang Daud.

Duit mandi tapak adalah Rm 15 sahaja.
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger