Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, December 31, 2004 ::..


Training 2005

Training hari ahad ini 2 Jan 2005 akan diadakan seperti biasa jam 11 pagi.
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Thursday, December 23, 2004 ::..


Teruskan perjuangan.....

Latihan selepas puasa dan raya telah diteruskan semula pada 2 minggu lepas. Kali ini gelanggang di Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak telah menerima kehadiran beberapa orang 'geng' baru. Sebenarnya kawan lama aku masa belajar kat uum dulu dan ada juga 'geng' lama yang mula aktif semula.

Haji Mohayaddin nampaknye agak bersemangat, dia telah mula mengajar keris (asas gerak, gerakan dan pentas). Mungkin kerana nak mengingat kembali pelajaran lama. Pelik jugak, cara permainan pentas dia agak berlainan dengan pentas keris yang aku dapat dari cikgu lama aku dulu. Nampaknya bertambah lagi la nota aku tentang pentas keris dan kali ini dengan versi lain dari Haji Mohayaddin. Aku sendiri pun dah tak berapa ingat sebenarnya, maklumlah permainan keris ni kena ada partner kalau nak training. Itu yang payah nak ingat tu. Dahla partner takde, jarang-jarang pulak training.

Hujung bulan ni gelanggang pusat ada buat kursus parang dan keris. Start pada 26/12/04 hingga 31/12/04. Yuran hanya Rm 150 aje. Antara cikgu yang mengajar masa kursus tu adalah merupakan cikgu lama aku sendiri, Pak Tam Din. Mula2 aku dengar cerita tentang kursus ni dari Wani, lepas tu bila aku contact Pak Tam Din, dia kata betul ada kursus tu dan dia sendiri yang akan mengajar. Aku pun memang ada niat nak gi, cuma tak cukup uwang aje. Nak wat camne........... :(

Sebut pasal kursus nie, Hj Mohayaddin pun ada kata yang dia nak buat kursus gak. Katanye nak jemput Cg Awang mengajar keris,parang dan lembing. Aku harap aku ada masa dan duit untuk join. Tunggu aje la nanti.
Ok, tulih byk2 kat sini tak guna jugak, maklumlah pengunjung laman nie bukannya rajin sangat nak baca benda2 mengarut ni semua... heeehee jangan marah !

( "siapa gayong?, aku gayong, kau pun gayong.......")
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Saturday, December 04, 2004 ::..


Latihan

Aku cadang nak mulakan latihan kita pada hari ahad depan 12 12 2004 kul 11.30 pg, tempat biasa iaitu di dewan serbaguna Bandar Tun Razak. Aku harap sesiapa yang baca blog nie boleh beri komen dan cadangan. Sebarang maklum balas amat diperlukan, jika tidak aku andaikan aku training sorang2 aje.
 


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger