Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Thursday, March 31, 2005 ::..


Minta maaf banyak-banyak kepada pengunjung laman ini (berapa orang la agaknya?) kerana dah agak lama aku tak update laman nie. Nampaknya hanya aku sorang aje yang nak hidupkan laman web Pusaka Gayong KL(PGKL) ni, yang lain? Mungkin mereka pun sibuk agaknya.

Sejak januari lepas, dah 2 bulan la lamanya aku tak tambah post baru kat sini dan sebenarnya dalam tempoh 2 bulan tu banyak sudah xtvt yang berlaku dan salah satunya adalah kejohanan silat olahraga dan seni jemputan WPKL yang diadakan di stadium badminton Cheras, 14-20 mac 2005.

Kejohanan pada kali ini sebenarnya agak kelam kabut la jugak bagi PGKL kerana maklumat lengkap tentang kejohanan ini agak lewat kami dapat. Selepas dah tahu tu, tuuudiaaaa ! Kami pun pulun la nak cari orang yang boleh main dan cuba train diorang dalam masa 3 minggu sebelum kejohanan bermula. Mujurla ada yang nak main dan pada kali ini PGKL dapat kumpulkan seramai lebih kurang 30 orang pesilat untuk bertanding dalam kategori silat olahraga. Daripada 30 orang ni, ada 2 kumpulan iaitu PG negeri sembilan dan PGKL dari gelanggang Sg Besi. Yang dari PG negeri sembilan tu sebenarnya dari gelanggang abang2 limo. Malah diorang pun turut sama masuk bertanding ! Syabas !

Secara keseluruhannya, kita berjaya dapat 1 emas dan beberapa gangsa( sory la aku tak amik rekod berapa yang dapat gangsa).

Diharapkan kepada semua pesilat yang telah bertanding agar mereka belajar daripada apa yang telah mereka lalui sepanjang pertandingan.(termasuklah jugak kepada pelepas diorang tu)
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger