Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Tuesday, September 20, 2005 ::..


:: KEKUDA ::

Nampaknya tak banyak berita dan cerita tentang xtvt silat yang dapat aku hidangkan disini buat masa sekarang. Latihan hari ahad pun dah tak mendapat sambutan. Kekadang yang ada pun sorang dua aje berlatih. Yang lain? Adalah tu kot, sebab musababnye……
Ape-ape pun masa sekarang adalah sesuai untuk aku andaikan sebagai rasa ‘asam jawa’ yang kita makan masa mula-mula mandi tapak dulu. Iaitu salah satu situasi yang akan wujud dlm hidup bergelanggang. Apatah lagi dlm organisasi yang tak terurus dan berpecah. Masing2 ikut cara masing2.

Tapi untuk tidak terus menghapakan pengunjung blog ini, maka aku coretkan disini serba sedikit pandangan aku secara peribadi terhadap beberapa aspek matapelajaran gayong. Tujuannye yang lebih aku harapkan adalah ianya boleh dijadikan sebagai satu landasan untuk mengkaji seni gayong dengan cara mengutarakan pandangan aku dan mendapat maklumbalas daripada pungunjung. ( sangat2 mengaharapkannye disini !!! ). Maka pada akhirnya, ianya bukan sahaja akan menjadi pandangan aku seorang tetapi akan merupakan pandangan kolektif warga gayong sendiri. Aku juga sedar, pada masa ini mungkin dah ada banyak contoh,perbincangan,artikel telah dan sedang berlangsung pasal perkara ini pada mana2 laman web gayong, tapi biarlah ia menjadi permulaan kepada blog ini.

Ok, isu yang aku nak utarakan disini adalah isu asas iaitu ‘kekuda’. Kekuda merupakan salah satu aspek beladiri yang kebiasaannye boleh dilihat, disedari dan sememangnye diajar dalam kebanyakan seni beladiri silat dan bukan silat. Malah ianya boleh aku katakan sebagai falsafah atau konsep purba yang sememangnye wujud dalam ide asal cara2 mengamalkan beladiri!. Ianya ibarat tiang yang membentuk dan mengukuhkan konsep, seni dan falsafah sesuatu seni beladiri. Bermulanya membela adalah apabila diri tidak jatuh atau serangan tidak mengena!

Dalam seni silat pusaka gayong sememangnya aspek kekuda diberi perhatian yang besar bila mana ianya terkandung dlm silibus awal dan perlu dimahirkan oleh pesilat baru. Malah pengenalan baru ini dinamakan kemahiran ‘tapak gayong’. Menunjukkan paksi kepada keseluruhan konsep seni gayong bermula disini. Latihan awal bermula dengan gerakan tumbuk, tangkis , pancung dan tumbuk bertapak dalam keadaan berkekuda. Ini mewujudkan satu keadaan yang stabil/seimbang apabila latihan menumbuk, menangkis dan memancung dibuat. Justeru pelatih dapat memberi tumpuan untuk memfokus kepada cara-cara untuk membina kekuatan serangan tangan.

Selain dari itu, keadaan ini juga mendedahkan pelatih kepada cara mengubah tapak apabila arah sasaran berubah. Perubahan tapak perlu dibuat dengan lancar dan selari dengan arah serangan tangan. Gabungan kedua-duanya mewujudkan keberkesanan serangan tangan. Ianya perlu dibuat dengan berkekuda. Perkara ini juga boleh didapati dalam serangan bertapak. Asas cara serangan bertapak memerlukan pelatih berlangkah kearah sasaran dengan berkekuda dan serentak menyerang dengan tumbukan lurus kehadapan. Jika tidak melangkah sasaran tidak mengena ! Ini mendedahkan pesilat kepada aspek jarak serangan dan sasaran. Aspek serangan kaki juga begitu iaitu bermula daripada kedudukan berkekuda yang agak tinggi. (ada orang kata kalau berkekuda macam mana nak tendang! Tapi tak mustahil pun sebenarnye kalau dan biasa.)

Selain itu pada tahap awal ini juga pelatih diajar cara-cara menanti serangan dengan berkekuda. Apabila berkekuda, hanya dengan mengubah salah salah satu kedudukan kaki sahaja sudah dapat menjauhkan diri daripada kawasan sasaran serangan musuh. Malah hanya dengan perubahan yang paling minimum sekalipun! Justeru perubahan tapak membolehkan pesilat untuk terus bersedia bagi melaksanakan serangan balas iaitu samada dengan pukulan mahupun kuncian. Kesemua kaedah mengelak dan menyerang balas ini dapat dibuat dengan berkesan apabila berkekuda.

Pelajaran-pelajaran seterusnya juga menggunakan konsep menanti dan menyerang yang sama iaitu dalam keadaan berkekuda juga. Ianya merupakan kesinambungan daripada tapak yang terdahulu iaitu ‘tapak gayong’. Maka boleh dikatakan bahawa banyak aspek kemahiran bela diri yang boleh kita dapat hanya dengan memahami konsep ‘kekuda’ sahaja. Maka tak hairanlah kalau ianya disertakan dalam ‘tapak gayong’.

Bagi seni beladiri lain yang mungkin tak ada kekuda, pastinya akan mencari dan mengkaji kenapa kekuda tidak ada dalam sistem matapelajaran mereka. Lantas ruang kelemahan ‘kekuda’ pastinya akan mereka temui. Ini sememangnya lumrah, kerana tak ada benda yang sempurna. Dan atas sebab itulah juga falsafah seni mereka terhasil iaitu dengan membela diri tanpa berkekuda. Maka konsep yang berlawanan daripada berkekuda akan digunapakai. Inilah lumrah, pecahan ilmu membela diri boleh jadi dengan berkekuda atau tidak. Dan pada diri kita memang ada kedua-duanya iaitu kita boleh berkekuda ataupun kita boleh sahaja berdiri lurus. Maka pilihlah mana satu yang sesuai dengan diri dan keadaan.

Tapi tolonglah jangan merendahkan salah satu daripadanya dan mengatakan seolah-olah cara mereka sendiri sahaja yang sempurna. Apabila kita berbuat demikian, kita sebenarnya telah mengenepikan salah satu daripada ilmu yang tuhan kurniakan kepada kita. Ibarat mengatakan ‘Kenapa perlu ada pantun jika kita boleh berkomunikasi secara terus !’ .

Jika anda didalam kapal yang dilanda ombak yang bergelora, adakah anda akan berdiri lurus ? Jika anda meniti titian kecil yang lebarnya hanya beberapa inci, adakah anda akan berkekuda ? Adakah dua keadaan ini boleh berlaku serentak ? Dan jika ianya berlaku serentak, adakah anda akan berkekuda atau berdiri lurus untuk membela diri ? ..........
(ps : image diambil daripada sumber berikut (www.yangsandover.com , www.authenticbeladiri.com, http://images1.fotki.com/)
 
Post a Comment :: 3 comments ::

..:: Monday, September 12, 2005 ::..


Gambar grading IPBA


 
Post a Comment :: 2 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger