Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, September 22, 2006 ::..


ohh!! dah lama sangat aku tak update blog nie.... harap maaf kepada pengunjung yang mengharapkan berita baru. Salah satu sebab aku tak kemaskini blog ini pun sebab kurangnya xtvt yang ada pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Bukannya tak ada langsung, ada la beberapa cuma tak berkesempatan nak masukkan kat sini. Sekali lagi aku mintak ampun dan maaf. Untuk makluman gelanggang ipba pun telah bermula semula sejak bulan Jun/Julai yang lepas. Malah pelantikan baru ahli-ahli jawatankuasa sesi baru telah juga dibuat. Tahniah juga diucapkan kepada ahli2 gayong ipba yang telah berjaya menjalani ujian kenaikan bengkung di Puchong Indah dan baru sahaja menerima sijil dan bengkung baru pada hari ahad lepas (17 sept 06). Juga ucapan tahniah kepada cg Sham dari gelanggang Puchong Indah yang telah berjaya merancang dan melaksanakan kedua-dua majlis iaitu ujian kenaikan bengkung dan majlis penganugerahan bengkung.

Selain itu, Institut Perguruan Islam atau dulu Maktab Perguruan Islam bangi juga telah berjaya membuka kembali gelanggang baru dengan keahlian seramai lebih kurang 30 orang. Gelanggang ini diajar oleh Cg Hj Mohayaddin dah Ust Akram. Syabas diucapkan kepada pelajar2 IPI yang atas usaha mereka mewujudkan kembali gelanggang silat gayong disana. Kalau tak silap diorang berlatih pada waktu pagi hari sabtu atau ahad.

Akhir sekali sempena kehadiran bulan ramadan yang mulia ini, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.
 
Post a Comment :: 1 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger