Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Tuesday, April 08, 2003 ::..


Emm...org KL..macam tu lah....berlatih utk demo bagai nak rak..hehehe...sekali buat tari pintal pinggan je kat Sg Besi.....muehehehe...(jahatnye aku). Majlis bermula dengan ucapan aluan dr Pengarah Projek, Pengerusi Surau As-Syakirin, dan Cikgu Haji Muhyiddin (to be addressed as Cikgu Aji after this point forward), selepas ucapan2 tu....demo dr adik2 di Sg Besi pun bermula....Kecik2 cili padi tuh....Salute kat semangat yang diaorg tunjukkan. Pas tuh penyampaian bengkung....pra-putih, putih dan pra-merah. Pas tu plak...ape lagi..makan ler...Anyway majlis penyampaian bengkung pada 6/4/2003 hari tu berjalan dengan lancar dan serba sederhana...Walaupun begitu, aku tabik pada mak ayah bebudak silat Sg Besi, dan AJK surau As-Syakirin. Kerjasama yang diaorg tunjukkan membuatkan aku terharu.....sayang....bukan semua kat situ org Gayong...kalau semua kan best!! Org bukan Gayong pun boleh bagi kerjasama sebegitu baik...(alamak!! sape terkena nasib le ye...-ntah2 aku pun kena gak..hehe). Kami (Aku, Wani, Amat, Arab dan Abg Zam) pegi tolong tengok ngan tolong makan..hehehe...oppp..lupa ade dua org tolong buat tari pintal pinggan..kuikuikui.





Wokeh...bagi aku...aku rasa seronok sgt haritu...seronok tengok macam ape yg aku mention kat atas tadi...Aku harap boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa yang pergi dan lihat dgn mata kepala sendiri...Aku rasa inilah berkat kalau buat kerja dgn ikhlas...yg berat jadi ringan, yg simple boleh nampak "grand"....meh sesama kita ambil pengajaran..sungguhpun sst perkara tu nampak biasa...ia akan nampak luarbiasa sekiranya dilihat dgn mata hati.....Sesungguhnya Allah Maha Kaya...ehh..melalut lak aku...tengah "feel" terlebih nih.......Wallahu'alam.

 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger