Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, May 30, 2003 ::..


..:::Kenangan di Batang Kali:::..

Assalamualaikum.....hmmm...macam tak dek org lain jek dlm nih ye amat...nasib la...sape yg suh aku jadi admin dlm ni...hehehe..So..Al-kisahnya di Sekolah Rendah Bandar Baru Batang Kali...hari Ahad, 25/05/03, 9.00 a.m...bermulalah satu majlis penyerahan sandang-sandang. Sebelum tu biasalah..ucapan paaaaannnnnnnnjanggggggg dari Cikgu Majid, dan ADUN Btg Kali sampai terkulat-kulat bebudak yang tengok...hehehe. .termasuklah aku dan rakan-rakan seperjuangan yg ade kat atas pentas tu. Sandang-sandang yg dianugerahkan ialah, Imam Khalifah (En. Harumaini-ADUN Btg Kali), Ketua Beradat (Cikgu Azrul & Cikgu Wan Mahadir), Khalifah Muda (Cikgu Saufi, Abg Husni, Amat, Raja Hazairi, Sobri) dan Srikandi Muda (Zuraidah, Kemi, Aku-kenape tak percaye??).

Selepas tu ade demo dr budak-budak kecik yg kiut-miut kat sekolah tu..., dan demo dr team Gurun (bestnyerrr)..Lepas Zohor, sambung balik..majlis sebelah petang ni untuk bebudak mandi tapak, mandi seni, dan mandi minyak...penat aku nengok Pak Andak..(bukan aku penat tengok dia...aku tengok dia yg penat tau..hehe)..dr pagi..sampai petang. Pulak tu ramaiiiii anak2 murid dia...gigih sungguh.

Frankly speaking...ramai yg rasa amanah yg baru diberi ni berat, termasuklah aku sendiri...tapi pelik ye...amanah yg sedia tertanggung di bahu kita ni...tak ramai yg persoalkan..ye lah..amanah untuk jadik khalifah di muka bumi Allah ni...Sebetulnya amanah yg kedua ni lebih berat...tapi yang dirasakan lebih berat amanah yg baru diterima ni...agaknya mungkin sebab nampak dek mata kasar (selempang tu le). Peringatan buat diri sendiri juga....masih banyak yg perlu dilakukan..sedangkan hidup entah sampai bila..Aku harap semua yg dah dapat anugerah ni...cuba seboleh mungkin untuk menaikkan balik nama agama dan pertubuhan kita ni...berat tugas ni...tapi kalau sama2 tolong...InsyaAllah jadik ringan....tapi yg penting sekali...kenalah pelihara niat...okey...Wallhu'alam.

p/s- Amat..kalau ape yg aku publish kat sini tak kena dengan apa yg ko nak...ko delete je ye...aku tak kisah..
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger