Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Wednesday, July 23, 2003 ::..


Catatan Ummi
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah apa khabar wahai anak-anak :). Masihkah anak-anak ingat akan mafhum hadis Rasulullah saw yang bermaksud: "BOHONG AKAN MENGURANGKAN REZEKI". Di sini rezeki bukan setakat harta dan wang ringgit tapi termasuk ILMU. Semoga anak-anak cuba untuk tidak berbohong kerana apabila seseorang itu bercakap benar pada semua orang, seseorang itu akan melihat keajaiban dunia ini seperti yang pernah dikatakan oleh Said Al-Marzawi: "Apabila kamu mencari Allah dengan benar, Dia akan memberi kamu cermin. Kamu akan NAMPAK SEMUA KEAJAIBAN DUNIA DAN AKHIRAT". Suasana yang diperkatakan itu ada kaitan pula dengan persoalan ini.

BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM MELUPAKAN ALLAH?...Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan orang yang 'lupa Allah' ialah orang yang tidak menjaga perintah dan larangan Nya. Dan tidak bermaksud lupa langsung wujudnya Allah kerana orang musyrik pun mengakui dan mengingati kewujudan-Nya, hanya saja mereka menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya. Dengan pengertian sebegini kita dapati ramai orang yang lupa Allah di kalangan orang-orang yang mengaku beriman.Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauzi, lupa Allah berpunca dari dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba itu.

Hukuman yang diterima oleh orang yang lupa Allah ini ada dua iaitu Allah pasti melupakannya dengan membiarkan dan meninggalkannya tanpa memberi petunjuk dan hidayah dalam kehidupan dunia selaras dengan kaedah yang dibuat oleh para ulama yang
bermaksud: 'BALASAN SESUAI DENGAN JENIS PEKERJAAN'.

Dan ini selari dengan mafhum Surah At-Taubah ayat 67: "Mereka orang-orang munafiq itu telah melupakan Allah, maka Allah
melupakan mereka". Lantaran itu mereka akan terus lalai dalam mengikut hawa nafsunya dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah, dan hidupnya akan sesat dan menyesatkan.

Hukuman kedua ialah orang itu akan lupa terhadap dirinya sendiri sepertimana yang termaktub dalam firmah Allah SWT surah Al Hasyir ayat 19
mafhumnya: "DAN JANGANLAH KAMU SEPERTI ORANG-ORANG YANG LUPAKAN ALLAH, LALU ALLAH
MENJADIKAN MEREKA LUPADA KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIQ'
. Yang dimaksudkan lupa diri di sini iala lupa akan nilai-nilai luhur dan tidak berusaha untuk memperbaikinya sehingga menjadi penyakit hati yang menyebabkan binasa ruhi dan jasmani.

Sama-samalah kita berislah wahai anak-anaku kerana kita ni sekedar musafir di atas dunia yang fana' ini. Kita jadikan hidup di dunia ini hidup
yang berkualiti dengan menjadi the best Muslim ever insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alameen. Salam sayang dan rindu dari ummimq pada semua
anak-anak di mana saja berada.

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Ummimq
23 J'Awwal 1424H . 23 Julai 2003M
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger