Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Tuesday, July 15, 2003 ::..


Perangai buruk manusia

Maka apabila ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

Sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka juga telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan.

Maka mereka ditimpa oleh akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri.
[ 39 : 49 - 51 ]


Assalamu'alaykum warahmatullah. Selalu juga kita dengar diperbincangkan mengenai dua bentuk ujian Allah kepada hamba Nya. Ujian dalam bentuk kesusahan dan dalam bentuk kesenangan. Manusia selalunya senang menghadapi ujian yang pertama, dengan kembali bermunajat, memohon bantuan, dan menilai kembali apa yang telah dilakukannya.

Ujian yang kedua? Susah nak cakap. Bahkan tak ramai yang menganggap ni'mat dari Allah itu juga adalah satu ujian. Kalau tidak masakan diceritakan perihal golongan ini di dalam al-Quran. Mungkin boleh mengajar kita supaya jangan kecewa andainya apa yang kita minta tidak diberikan oleh Allah. Risau tak mampu untuk kita pikul nanti.

Tambah pulak dengan pujian yang melambung2 dari manusia. Bahaya2



 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger