Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Monday, August 04, 2003 ::..


...:::PEMBINAAN KARAKTER:::...

Islam sudah memberi panduan tentang pembinaan karakter ini. Hadis baginda saw dalam riwayat Tarmizi,

"Jangan seseorang dari kamu menjadi seperti teratai (tidak berpendirian) dengan berkata,"Aku bersama orang ramai, sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan akupun turut membuat jahat. Tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat, hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka."

Sebenarnya, karakter kita tidak menghalang pencampuran kita dengan semua orang di pelbagai peringkat. Kerana kita diseru untuk mengasingkan jiwa, bukannya jasad. Kita boleh memilih untuk menjadi baik ataupun tidak. Itu terserah kepada pertimbangan akal dan iman kita. Selaku seorang muslim, kita telah diberikan panduan secukupnya.

Akhlaq, nilai hidup, prinsip dan matlamat adalah intipati yang membentuk watak kita. Dan istiqamahlah dengan watak yang sejajar dengan prinsip syariat. Meniru orang bukanlah sesuatu yang baik dalam menentukan watak kita. Kembali kepada fitrah adalah karakter kita yang sebenar. Nabi Muhammad saw tetap menjadi contoh terbaik dalam pembinaan karakter kerana baginda saw merupakan cermin kepada ajaran al-Quran.

Apa yang pasti, manusia yang mempunyai karakter tersendiri adalah manusia yang berjaya dalam hidupnya. Percaya atau tidak, semua tokoh-tokoh yang dihormati dan terkenal mempunyai watak yang unik yang tidak ada pada orang lain.

Wallahua'lam.

Source-http://pakdi.blogspot.com
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger