Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Thursday, August 14, 2003 ::..


Buat habis baik.

Kata-kata dia atas merupakan slogan pengakap. Membawa maksud yang sama seperti motto Kor Renjer Angkatan Tentera Malaysia, "Agi Idup Agi Ngelaban"

Orang Melayu selalu diperli dengan,"Tak main pun main-main, main pun main-main." Yang merujuk kepada sikap orang Melayu yang tidak serius dalam pekerjaan. Entah betul entah tidak, tetapi kenyataan sebegitu telah disanggah oleh Wan Nadiah, pelajar Melayu yang bakal menuntut di Harvard yang mengatakan kecemerlangan tidak ada kaitan dengan bangsa.

Benar. Kerana disebalik kehebatan kereta F1 McLaren, ada seorang anak Melayu yang menjadi pencipta kepada rangka asas casis MP4 yang kekal diguna pakai sehingga ke hari ini. Disebalik keagungan Ferdinand Magellan sebenarnya ada seorang anak Melayu yang digelar Panglima Awang.

Kalau nak buat, buat betul-betul. Ia juga disebut komitmen. Itu adalah prinsip yang seharusnya ada pada setiap orang yang mahu berjaya dalam hidup. Tidak ada orang yang kaya, orang yang terkenal tidak mempunyai komitmen, hatta penjenayah tersohor seperti Capone mahupun geng M16 juga mempunyai komitmen dalam aktiviti penjenayahan mereka.

Islam tidak mengajar buat kerja separuh jalan. Kerana itulah dalam Islam tiada istilah cinta sebelum kahwin. Cinta sebelum kahwin dikatakan cinta yang tidak teruji. Cinta sebelum kahwin disebut cinta siamang monyet. Kalau berminat, lakukan secara beradab dan mengikut adat yang selaras dengan syariah. Seperti lirik lagu, "Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang..." Kalau betul sudah berkenan di hati, maka berilah komitmen sebenar yang dituntut dalam Islam dan mempunyai niat menuju ke arah perkahwinan. Cinta main-main yang tidak diiringi niat mendirikan masjid, diibaratkan mempermainkan nikmat Ilahi, kerana rasa kasih dan sayang itu diberi oleh Allah.

Akademi Fantasia juga menunjukkan nak jadi penghibur yang baik bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu ada latihan vokal, perlu ada latihan menari, perlu ada latihan berkomunikasi dan macam-macam lagi. Tanpa komitmen, tidak mungkin pelajar di Akademi Fantasia boleh berjaya dalam pertandingan tersebut.

Sebenarnya bukanlah mudah untuk mencipta komitmen dalam diri. Komitmen ini berkait rapat dengan sikap dan kefahaman. Umpama orang yang komitmen dalam solatnya. Dia adalah seorang yang faham bahawa dia adalah hamba kepada Allah, yang merelakan dahinya diletakkan di atas tanah untuk sujud dihadapanNya kerana dia sedar tanpa Allah, dia tidak ada sebarang upaya. Sikap merendah diri sebegitu rupa akhirnya membuahkan khusyu' dalam solat.

Orang yang tidak memahami falsafah solat itu, yang hanya memenatkan dirinya tonggang terbalik 5x sehari itulah yang disebut pencuri dalam solat, umpama Firman Allah,"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat iaitu mereka yang lalai daripada menyempurnakan solatnya." (al-Maa'un,107 : 4-5)

Mahu menjadi billionaire, perlu ada komitmen. Mahu jadi popular, perlu buat kerja betul-betul. Mahu menjadi pemimpin agung, perlu buat habis baik. Mahu jadi hero perang, perlu amalkan "Agi Idup Agi Ngelaban." Mahu jadi ahli sukan hebat, perlu main dengan serius. Justeru, mahu masuk syurga tentulah kena buat amal kebaikan dengan betul-betul dan tinggalkan maksiat keseluruhannya. Kerana neraka telah diperuntukkan bagi mereka yang tidak komitmen dengan ajaran Islam.

Komitmen tidak diukur semata-mata dengan kuantiti. Tetapi ia berkait rapat dengan amalan dan gerak kerja yang berkualiti. Kerana itulah amalan yang sedikit itu tetapi beristiqamah dengannya adalah lebih dituntut.

"Kalau takut pada risiko, usah bicara pasal perjuangan." Ini adalah kata-kata yang masyhur pada era orang sibuk-sibuk dengan reformasi. Ia bermaksud, kalau tak berani berhadapan dengan risiko, senyap-senyap sudahlah. Kalau setakat berani separuh-separuh, tidak mahu buat reformasi dengan betul-betul ia akan memalukan perjuangan itu kembali. Komitmen dengan perjuangan bererti menempah risiko. Umpama melakukan pelaburan di amanah-amanah saham. Lagi tinggi risiko pelaburan yang diambil maka lagi tinggi keuntungan yang bakal diterima.

Di dalam al-Quran, ada beberapa ayat yang memberi peringatan kepada umat Islam tentang faktor-faktor yang menghilangkan komitmen terhadap gerak kerja Islam dalam diri seseorang.

"Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari ber-jihad di jalan-Nya , maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. " (At-Taubah:24)

Ibu bapa, anak-anak, sahabat, suami atau isteri, keluarga, harta, perniagaan, rumah, kesenangan hidup adalah faktor yang boleh menyebabkan kita tidak komitmen dengan kerja-kerja Islam. Mereka semua penting untuk kita tetapi jika kita dapat mengawal mereka dengan baik, itu adalah yang terbaik.

Apa pun yang pasti, untuk cemerlang tidak ada istilah main-main. Buatlah sesuatu dengan sehabis baik. Baginda junjungan saw sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap amanah yang diberi. Berjaya atau tidak itu nombor 2. Orang akan melihat kesungguhan kita. Setiap orang inginkan kejayaan tetapi mimpi-mimpi kejayaan hanya tinggal mimpi tanpa komitmen yang tinggi.

Hari ini, komitmen seolah-olah sudah hilang dari kaum muslimin menyebabkan Islam dan syariatnya tidak diperjuangkan secara keseluruhan ummah malah majoriti negara dunia ketiga itu adalah dari dunia umat Islam. Kenapa? Anda sendiri boleh mencari jawapannya.

Wallahua'lam.

http://pakdi.blogspot.com
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger