Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Wednesday, June 29, 2005 ::..


Keputusan pertandingan Silat Olehraga Jemputan UNIKL di MIAT 12-16 jun 05

Kejohanan ini menyaksikan ramai team yg bukan dari ipt turut hadir untuk merebut kejuaraan antaranya seperti ATM dan beberapa lagi team lain. (tak ingat la pulak....#!$##$!&*&!# penulis menyumpah diri sendiri). Persaingan yg sengit adalah dtg dari mereka ini dan agak menyedihkan juga bila menyaksikan ramai jagooan lama membelasah pesilat yg first timer. Walaupun syarat awal telah menetapkan penyertaan adalah tidak dibenarkan bagi johan kebangsaan/sukma peringkat negeri.

Apa2 pun seronok jugak bila melihat aksi jaguh2 ni bermain. Byk perkara yg boleh dipelajari dari sikap dan permainan diorang.

Bagi pesilat kita ,(Gayong KL) hanya dapat 2 gangsa sahaja daripada Ma'adi (Putera) dan Awin (Puteri). Syabas diucapkan kerana berjaya mengharungi pertandingan yang sengit. Walaupun pada awal pertandingan ramai budak2 kita yang kecundang, tapi itu tak mematahkan semangat diorang.

Masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki pada masa2 akan datang ! Kita akan terus mengukuhkan tapak dan akan terus mara !!!
 
Post a Comment :: 1 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger