Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Friday, March 21, 2008 ::..


Hormatilah guru-guru kita

Bulan febuary lepas aku telah berkesempatan pergi ke Kedah. Bukannya dah lama rancang tapi kebetulan ada kawan dpt jemputan kenduri perkahwinan kat Alor Star.

Sempat la juga bertandang ke rumah Cikgu Jebat dan Cikgu Majid bertanya kabar mereka. Alhamdulillah Cikgu Majid masih sihat lagi dan kebetulan pula tak ada tetamu lain jadi banyakla juga perkara yang disembangkan. Seronok dapat dengar sendiri sejarah perjuangan Cikgu Majid dan langsung dlm diri terus rasa bersemangat kembali nak bergayong.

Pada keesokan harinya kami singgah pula kerumah cg Din (Pak Tam Din). Kebetulan juga isteri kawan aku nie pun merupakan murid lama cg Din dan dia memang dah lama nak pergi melawat, cuma tak berapa ingat rumah je. Almaklum dah lama tak jumpa memang banyak la perkara yang kami sembangkan. Tapi dlm banyak2 perkara yang disembangkan tu satu yang jelas adalah bagaimana hati seorang guru boleh terguris oleh sikap anak2 murid sendiri.

Hati guru terguris kerana murid2 yang telah lupa erti hormat kepada org tua terutama sikap melupakan jasa guru yang telah mengajar mereka dulu. Jangan ingat jika sudah mendapat bengkung kuning dah hitam, merasakan diri dah cukup hebat sangat sampai dah tak mahu bertegur sapa lagi dengan cg lama. Malah sikap memperkecilkan guru2 lama juga adalah sikap yang tak patut langsung ada dlm diri individu yang sudah memegang bengkung kuning/hitam. Guru2 lama adalah jauh lebih hebat dari diri kita sendiri kerana mereka telah lama bersilat dari kita dan mereka adalah insan yang telah berjaya mendidik kita dari tidak tahu kepada tahu. Masakan pula kita boleh memburukkan dan memperlekahkan mereka ! Sungguh dayus jika kita bersikap demikian dan tak layaklah segala anugerah dan bengkung yang telah kita perolehi.

Sedih juga mendengar luahan rasa yang sedemikan, tapi hakikatnya perkara ini berlaku. Sayang jika mereka merajuk, ilmu yang ada pada mereka akan terpendam begitu sahaja. Ilmu gayong ini banyak dan guru yang berlainan mempunyai pengetahuan yang berlainan mengikut kemahiran mereka. Cg Majid memang pakar dan tahu semua ilmu gayong tapi beliau sendiri tak larat nak ajar kesemuanya sendirian. Jadi guru2 yang lain itulah yang manjadi tulang belakang dan sokongan membantu cg Majid mengajar seni gayong kepada kita semua. Sedar, insaf, hormat dan berjumpa lah dengan mereka selagi mereka masih ada.
 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger