Pembinaan utama laman ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti anak2 Pusaka Gayong KL yang telah dan akan dijalankan. Diharapkan laman ini akan dapat mengumpulkan anak2 P.Gayong KL lain yang bergerak secara individu. "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Kembali Bersatu/Berteguh".

..:: Tuesday, May 13, 2008 ::..


INSTITUT PERGURAN BAHASA ANTARABANGSA & INSTITUT PERGURUAN ISLAM SELANGOR - GRADING,MANDI TAPAK/SENI



 
Post a Comment :: 4 comments ::

..:: Friday, March 21, 2008 ::..


Hormatilah guru-guru kita

Bulan febuary lepas aku telah berkesempatan pergi ke Kedah. Bukannya dah lama rancang tapi kebetulan ada kawan dpt jemputan kenduri perkahwinan kat Alor Star.

Sempat la juga bertandang ke rumah Cikgu Jebat dan Cikgu Majid bertanya kabar mereka. Alhamdulillah Cikgu Majid masih sihat lagi dan kebetulan pula tak ada tetamu lain jadi banyakla juga perkara yang disembangkan. Seronok dapat dengar sendiri sejarah perjuangan Cikgu Majid dan langsung dlm diri terus rasa bersemangat kembali nak bergayong.

Pada keesokan harinya kami singgah pula kerumah cg Din (Pak Tam Din). Kebetulan juga isteri kawan aku nie pun merupakan murid lama cg Din dan dia memang dah lama nak pergi melawat, cuma tak berapa ingat rumah je. Almaklum dah lama tak jumpa memang banyak la perkara yang kami sembangkan. Tapi dlm banyak2 perkara yang disembangkan tu satu yang jelas adalah bagaimana hati seorang guru boleh terguris oleh sikap anak2 murid sendiri.

Hati guru terguris kerana murid2 yang telah lupa erti hormat kepada org tua terutama sikap melupakan jasa guru yang telah mengajar mereka dulu. Jangan ingat jika sudah mendapat bengkung kuning dah hitam, merasakan diri dah cukup hebat sangat sampai dah tak mahu bertegur sapa lagi dengan cg lama. Malah sikap memperkecilkan guru2 lama juga adalah sikap yang tak patut langsung ada dlm diri individu yang sudah memegang bengkung kuning/hitam. Guru2 lama adalah jauh lebih hebat dari diri kita sendiri kerana mereka telah lama bersilat dari kita dan mereka adalah insan yang telah berjaya mendidik kita dari tidak tahu kepada tahu. Masakan pula kita boleh memburukkan dan memperlekahkan mereka ! Sungguh dayus jika kita bersikap demikian dan tak layaklah segala anugerah dan bengkung yang telah kita perolehi.

Sedih juga mendengar luahan rasa yang sedemikan, tapi hakikatnya perkara ini berlaku. Sayang jika mereka merajuk, ilmu yang ada pada mereka akan terpendam begitu sahaja. Ilmu gayong ini banyak dan guru yang berlainan mempunyai pengetahuan yang berlainan mengikut kemahiran mereka. Cg Majid memang pakar dan tahu semua ilmu gayong tapi beliau sendiri tak larat nak ajar kesemuanya sendirian. Jadi guru2 yang lain itulah yang manjadi tulang belakang dan sokongan membantu cg Majid mengajar seni gayong kepada kita semua. Sedar, insaf, hormat dan berjumpa lah dengan mereka selagi mereka masih ada.
 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Monday, November 05, 2007 ::..


SIAPA GAYONG?
KAU GAYONG , AKU PUN GAYONG! DISANA GAYONG DISINI PUN GAYONG!

GENGAM, ANGKAT, YAKIN ,WARAS,NGERI



 
Post a Comment :: 0 comments ::

..:: Thursday, July 26, 2007 ::..


Seminar Memartabatkan Perpaduan Gayong dan Pertabalan Dato Seri Anuar Ibrahim sebagai Ketua Imam Khalifah Besar

Tempat: Yayasan an-Nahdah, Kubang Semang, Bukit Mertajam.
Tarikh : 3 dan 4 ogos
 
Post a Comment :: 2 comments ::

..:: Monday, June 18, 2007 ::..


Mandi Tapak SMK Putrajaya 5 Mei 2007









 
Post a Comment :: 2 comments ::

..:: Friday, April 13, 2007 ::..


KURSUS PARANG

Tarikh : 6 Jun 2007

Bayaran : RM 150

Tempat : Gunung Jerai ( bawah )

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya, Mat (017-2915960 )

 
Post a Comment :: 3 comments ::

..:: Friday, March 02, 2007 ::..


Jemputan ke Seminar dan Penganugerahan Selempang Pusaka Gayong UEM Lembah Beringin 4 Mac 2007 (Ahad)


ATUR CARA MAJLIS

Seminar

0900 - Ketibaan Tetamu

- Doa

- Bacaan Quran

- Nasyid Asma Ul-Husna

- Nyanyian Lagu Gayong

0915 - Selayang Pandang Silat Seni Pusaka Gayong Kuala Lumpur

0950 - Persembahan Audio Visual Pusaka Gayong Kuala Lumpur

1000 - Seminar Bermula

1100 - Sesi Soal Jawab

1130 - Seminar Tamat

- Penyampaian Penghargaan

1200 - Majlis Tamat

Majlis Istiadat

1400 - Ketibaan Tetamu

1415 - Montaj

1420 - Bacaan Doa

- Nyanyian Lagu Gayong

- Bacaan Ikrar Gayong

1430 - Ucapan Presiden Pusaka Gayong Youth Club

1440 - Ucapan Mr. Richard Small, Headmaster Kolej Yayasan UEM

1450 - Ucapan Cikgu Mohammad Fairus bin Khairuddin, Pengerusi

PSSPGM-KL dan Gurulatih Tertinggi

1510 - Ucapan Guru Abdul Majid bin Mat Isa (PJK), Pengarah Tertinggi PSSPGM

1540 - Persembahan Audio Visual dan Perasmian

1550 - Penganugerahan Sandang Kebesaran

1630 - Penyampaian Bengkung

1640 - Penyampaian Anugerah Khas

1650 - Penyampaian Penghargaan kepada Tetamu Kehormat

1700 - Video Dedikasi kepada Tokoh Gayong

1715 - Persembahan Demonstrasi & Pertarungan Senjata Silat Seni Gayong

1800 - Majlis Tamat



Peta Lokasi






 
Post a Comment :: 0 comments ::


 
 
--->


 



:: PANDUAN DAN RUJUKAN ::

:: LINK PUSAKA GAYONG ::
Gayong Unitar
Seni Silat Pusaka Gayong
Pusaka's Fotopages
SILAT SENI PUSAKA GAYONG M'SIA
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(Universiti Malaya)


Powered by Blogger